Hukum inai rambut

Hukum inai rambut

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hukum inai rambut

Soalan
Apakah hukum menginai rambut. Tidakkah ini dianggap mengubah kejadian? Minta ustaz jelaskan had mana yang boleh dan tidak boleh dalam mengubah ketentuan ciptaan Tuhan?

Fadli
Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Jawapan
Hukum menginai rambut termasuk dalam berhias bukan daripada mengubah ciptaan Allah. Bahkan ia adalah sunnah. Namun pewarna itu mesti disahkan status halalnya.

Jiran menyakitkan hati

Soalan
Apa perlu kita lakukan sekiranya jiran melakukan sesuatu yang menyakiti kita seperti tidak jaga kebersihan dan selalu buat bising.

Jiran bengang
Alor Setar, Kedah

JAWAPAN
Sekiranya berlaku jiran sedemikian maka hendaklah menasihati dia dengan baik. Sekiranya enggan menerima nasihat, boleh mengadu kepada pihak taman perumahan supaya mengambil tindakan yang sesuai tanpa menzalimi dia.

Solat sunat rawatib

Soalan
Apakah fadilat solat sunat rawatib yang tidak ramai melakukannya?

Insan ingin tahu
Kuala Lumpur

JAWAPAN
Fadilat solat sunat rawatib sangat besar seperti yang disebut dalam hadis bahawa akan dibina untuknya rumah di syurga seperti riwayat Muslim, maka berusahalah sedaya upaya membuat solat rawatib.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN