Hujan lebat pada sambutan Hari Malaysia

Hujan lebat pada sambutan Hari Malaysia

Orang ramai kelihatan berteduh daripada hujan lebat pada sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di Kota Kinabalu. - UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Orang ramai yang membanjiri pekarangan Padang Merdeka sempena sambutan Hari Malaysia di sini malam ini terpaksa bersurai mencari tempat berteduh.

Mereka terpaksa meninggalkan pekarangan Padang Merdeka sebaik hujan lebat mula turun pukul 8.38 malam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail tiba di Padang Merdeka pada pukul 8.25 malam.

Turut berada pada majlis tersebut Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Hadir sama dalam sambutan Hari Malaysia adalah Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahir Hamidi; Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sambutan Hari Malaysia GB yang bertemakan ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ akan menyaksikan upacara menandatangani Buku Khas antara Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak. Upacara menandatangani Buku Khas itu adalah acara utama setiap tahun.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya