Hujan lebat hampir semua negeri hingga 6 petang

Hujan lebat hampir semua negeri hingga 6 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), keadaan itu diramal melanda Perlis, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Johor dan Labuan.

Selain itu, ia dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan; Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Kelantan (Jeli dan Gua Musang).

Keadaan sama turut diramal berlaku di beberapa kawasan di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Jempol dan Tampin) serta Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Seterusnya di Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Kuching), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song dan Kapit), Miri (Marudi) dan Limbang serta Sabah membabitkan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut hantaran itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya