Hubungan Malaysia-Singapura tidak akan tergugat – PM

Hubungan Malaysia-Singapura tidak akan tergugat – PM

ANWAR Ibrahim, Onn Hafiz Ghazi (lima, kiri) dan Abdul Wahid Omar (lima, kanan) bergambar bersama para tetamu pada Majlis Invest Malaysia Where Policy Meets Progress di Hotel Sunway Big Box, Iskandar Puteri, Johor, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Walaupun ada berbangkit isu antara Malaysia dan Singapura, namun ia tidak akan menggugat hubungan dan kerjasama erat kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan baik dan sebarang isu berbangkit perlu diselesaikan secara rundingan bagi mendapatkan manfaat menang-menang kepada semua pihak terlibat.

“Memang ada isu dengan negara jiran, itu perkara biasa kerana semua negara ada masalah dengan jiran mereka. Tetapi ini bukanlah suatu perkara yang boleh menyebabkan berlaku ketegangan atau tindakan balas membalas.

“Sebaliknya, kita perlu be­kerjasama dan mengadakan perbincangan. Ini juga tidak akan mengganggu fokus untuk semua pihak mendapatkan manfaat secara langsung,” katanya pada program Invest Malaysia: Where Policy Meets Progress di Hotel Sunway Big Box, di sini semalam yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Justeru, Anwar menegaskan pentadbirannya teruja un­tuk mengadakan kerjasama ekonomi dengan republik berkenaan menerusi inisiatif seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Malaysia bertuah kerana telah merekodkan pertumbuhan ekonomi positif dalam suku pertama, kedua dan ketiga tahun ini. Ringgit juga sedang mengukuh selain Bursa Malaysia mengatasi bursa negara-negara lain di rantau ini.

“Rantau ASEAN menempatkan seramai 680 juta penduduk dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) USD 3.5 trilion dan ia mempunyai potensi untuk berkembang berkali-kali ganda pada masa depan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi komitmen pen­tadbirannya dalam me­la­kukan transformasi kerajaan, sekali gus memerangi jenayah rasuah.

“Politik negara kini stabil selepas kekacauan sebelum ini. Jadi kita gunakan kekuatan ini untuk memastikan pentadbiran kerajaan yang baik dengan melawan korupsi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN