Henti segera amalan kartel baja, benih - Anwar

Henti segera amalan kartel import baja, benih – Anwar

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Perdana Menteri memberi peringatan agar tiada lagi amalan kartel import baja dan benih bagi memastikan ekosistem pertanian negara lebih telus.

Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu telah lama dibincangkan di pihak kementerian dan amalan monopoli sedemikian akan dihentikan segera di bawah pentadbiran kerajaannya.

“Amalan kartel import baja dan benih mesti dihentikan.

“Import baja dan benih tidak boleh ‘dikartelkan’ seperti dahulu. Sebab itu perlu satu menteri yang tegas dan keras untuk hapuskan amalan kartel lama,” katanya dalam majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya