Hati-hati pihak menyamar sebagai DOA

Hati-hati pihak menyamar sebagai DOA

Jabatan Pertanian Malaysia (DOA)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam urusan bekalan dan perkhidmatan menggunakan Sistem e-Perolehan dan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan (IGFMAS) bagi setiap permohonan.

Ini kerana menurut DOA, pihaknya menerima aduan berkaitan kes penipuan pesanan kerajaan yang dilakukan oleh pihak tertentu menggunakan logo jabatan tersebut.

Katanya, pihak tidak bertanggungjawab itu ingin memperdaya syarikat untuk menyediakan bekalan dan perkhidmatan sepertimana kandungan pesanan kerajaan yang dikemukakan.

“Taktik licik oleh pihak tertentu itu telah menyebabkan pihak syarikat pembekal telah terpedaya dan mengalami kerugian kerana tiada sebarang permohonan bekalan dan perkhidmatan dibuat oleh DOA.

“Jabatan Pertanian memandang serius terhadap isu yang berlaku di mana ia boleh menimbulkan tanggapan negatif masyarakat terhadap Jabatan Pertanian dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, DOA berkata, pihak yang terlibat terutama syarikat pembekal disaran untuk menghubungi DOA terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa bekalan dan perkhidmatan yang dikemukakan oleh pihak tertentu, bagi mengelak kes penipuan sama berulang.

“DOA amat mengalu-alukan sekiranya kenyataan penafian ini disebar luaskan kepada semua yang terlibat demi menjaga kewibawaan jabatan kerajaan khasnya DOA,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN