Harris Baba terbangkan Akon ke Malaysia, Singapura - Utusan Malaysia

Harris Baba terbangkan Akon ke Malaysia, Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Harris Baba, membawakan bintang antarabangsa, Akon, mengadakan konsert di  Malaysia dan Singapura.

Menerusi syarikatnya, Jeeharris Entertainment, Haris menjadi satu-satunya penganjur untuk membawakan konsert Akon The Superfan Tour Live in Malaysia & Singapore di dua negara.

“Sebenarnya, ia mengambil masa tujuh hingga lapan bulan untuk memuktamadkan dengan ejen tempahan saya dan pengurusan Akon. 

“Terdapat begitu banyak perubahan dari segi jadual persembahan hingga akhirnya memutuskan pada November. Alhamdulillah, ini adalah satu kejutan yang besar dan benar-benar, rezeki saya.

“Malah, artis antarabangsa pertama syarikat saya juga adalah Akon. Ini benar-benar nikmat yang besar, alhamdulillah. 

“Kalau ditanya apakah yang mendorong saya untuk menganjurkan konsert Akon di Kuala Lumpur dan Singapura, bagi saya ia benar-benar rezeki kami yang bekerja keras selama tujuh hingga lapan bulan terakhir ini. Kami sangat menantikan detik-detik ini,” katanya.

Tambahnya lagi Akon merupakan seorang penyanyi yang unik dan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Rangkaian lagu-lagunya telah lama menjadi popular dicarta billboard antaranya  ‘Lonely’ , ‘Sexy Chick’ , ‘Smack That’ , ‘Right Now’ , ‘I Wanna Love You’ , ‘Dont Matter’ dan banyak lagi. 

Menurutnya, pengalaman sepanjang menganjurkan pelbagai acara dan dua konsert di Sabah selain kerjasama daripada semua pasukan digunakan sebaiknya dalam menjayakan Akon The Superfan Tour Live in Malaysia & Singapore.

“Pengajuran konsert Armada Band dan Ungu bagi saya masih sebuah konsert yang sangat besar bagi saya kerana ini kali pertama saya melakukannya. 

“Tapi, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Jadi, pengalaman  selaku penganjur konsert saya gunakan untuk mengembangkan lagi kerjaya.

“Ia bukanlah kerja saya seorang sebaliknya kerja berpasukan yang betul dan kukuh. Jadi, dari pengalaman lepas kita naikkan skala dan undang artis ‘A Listers’ dari Amerika,” katanya.

Akon The Superfan Tour in Malaysia bakal berlangsung pada 19 November 2024 di Mega Star Arena Kuala Lumpur dan Akon The Superfan Tour in Singapore pada 20 November 2024 bertempat di Arena @ Expo Hall 7 Singapore.

Penjualan tiket untuk menyaksikan konsert Akon di kedua-dua lokasi mula dibuka secara pra jualan bermula 18 September bagi pra pendaftaran, 19 pra pendaftaran jualan dan 20  September untuk jualan keseluruhan. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN