Hari Malaysia: 12,000 dijangka meriahkan Keretapi Sarong 2024

Hari Malaysia: 12,000 dijangka meriahkan Keretapi Sarong 2024

PENARI berbangsa Cina mengenakan pakaian kurung kebaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 12,000 orang dijangka menyertai acara `flash mob’ atau persembahan kilat berkumpulan Keretapi Sarong 2024 (KS2024) bertemakan ‘Bangga Malaysia’ yang diadakan sempena Hari Malaysia.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) LOCCO dalam satu kenyataan berkata, sambutan unik dengan persembahan tarian tradisional, muzik dan seni penceritaan berbilang bangsa itu akan diadakan di pelbagai bandar dan stesen antaranya Putrajaya Sentral; Subang Jaya (LRT), Universiti Putra Malaysia (UPM); Ampang (LRT); Gombak (LRT) dan KL Sentral (LRT) pada 14 September nanti.

Acara sama turut berlangsung serentak di bandar utama seperti Johor Bahru; Ipoh;Alor Setar; Bukit Mertajam serta Paris, Perancis selain Berlin di Jerman.

Menurut kenyataan itu, acara berkenaan akan melibatkan lebih 20 kumpulan pelbagai lapisan masyarakat seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka; TGV Cinema; Gardenia; Malaysia Fashion Creativity Award dan Infinix.

Dalam pada itu Pengarah Program Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, matlamat penganjuran program sebegini secara tidak langsung dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Selain itu, antara kelainan tahun ini ialah kerjasama dengan 90 peratus jenama Malaysia selaras dengan tema yang mahu memastikan rakyat kita berbangga dengan produk masing-masing,” ujarnya.

Tambah Shamsul Bahrin, penganjuran yang acara tersebut diadakan pada 14 September bagi menghormati sambutan Maulidur Rasul.

Penganjuran program pada tahun ini mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), Rapid KL, Air Asia, Haus Boom, Bulan Bintang, Siti Khadijah dan Bank Simpanan Nasional (BSN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN