Harga runcit petrol RON97, diesel turun 15 sen

Harga runcit petrol RON97, diesel turun 15 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 dan diesel di semenanjung Malaysia masing-masing sebanyak 15 sen bagi tempoh bermula esok hingga 18 September depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, berikutan itu, harga runcit petrol RON97 turun kepada RM3.25 seliter dan harga runcit diesel turun kepada RM3.01 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia dan pengukuhan ringgit.

Jelasnya, sejak 8 Ogos lalu sehingga kini, kerajaan menurunkan sebanyak 34 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, manakala harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 22 sen.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global.

“Ia juga bagi menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

Bagi tempoh itu juga, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya