Harga RON97, diesel turun 6 sen - Utusan Malaysia

Harga RON97, diesel turun 6 sen

STESEN minyak Shell.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 6 sen kepada RM3.19 seliter dan diesel di Semenanjung juga sebanyak 6 sen kepada RM2.95 seliter bermula esok sehingga 25 September.

Langkah itu diambil seiring dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia serta pengukuhan ringgit berbanding sebelum ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, sejak 8 Ogos sehingga kini, kerajaan telah menurunkan 40 sen seliter harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, manakala harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 28 sen. 

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 19 September hingga 25 September 2024 adalah harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 6 sen kepada paras RM3.19 seliter.

Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 6 sen kepada paras RM2.95 seliter.

Sementara harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN