Harga RON97, diesel turun 15 sen bermula tengah malam ini

Harga RON97, diesel turun 15 sen bermula tengah malam ini

ron97
Harga RON97, diesel turun 15 sen bermula tengah malam ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga jualan runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun sebanyak 15 sen mulai 12.01 malam ini.

Harga RON97 menyaksikan penurunan daripada RM3.40 kepada RM3.25 dan diesel turun daripada RM3.16 kepada RM3.01 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga baharu runcit bagi RON97 dan diesel akan bermula esok hingga 18 September.

“Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan pula kekal RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya.

Bermula 10 Jun lalu, harga jualan runcit diesel di Semenanjung diniagakan pada kadar RM3.35 seliter daripada RM2.15 susulan pengumuman penyasaran semula subsidi bahan bakar itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN