Hanya 25.7 peratus rakyat terima rawatan gigi – KKM

Hanya 25.7 peratus rakyat terima rawatan gigi – KKM

PASUKAN pergigian bergerak disediakan bagi tujuan pemeriksaan pergigian secara percuma. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hanya 25.7 peratus rakyat Malaysia menerima rawatan pergigian dalam tahun lalu berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan memaklumkan, rekod ini menunjukkan keperluan untuk mempergiat usaha meningkatkan status kesihatan pergigian di negara ini.

“Usaha penyelidikan berkualiti tinggi adalah komponen penting dalam usaha ini.

“Bagi menyokong keperluan meningkatkan status kesihatan pergigian, KKM memperkenalkan inisiatif “1 Individu: 1 Rekod Pergigian” dalam memperkasakan individu dengan memberikan akses kepada rekod pergigian mereka melalui aplikasi MySejahtera,” katanya hari ini.

Terdahulu, KKM menganjurkan Persidangan Inisiatif Penyelidikan Kesihatan Mulut Kebangsaan Kali Ketiga (NOHRI 2024] di sini hari ini sebagai platform penting memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penyelidikan dan pendekatan inovatif berdasarkan data.

Jawatankuasa ini terdiri daripada profesional pergigian daripada pelbagai agensi memainkan peranan penting dalam mengenal pasti keutamaan penyelidikan dalam bidang kesihatan mulut dan menyelia agenda penyelidikan kesihatan mulut yang lebih berkesan di Malaysia.

Menurut KKM, data status kesihatan mulut daripada Sistem Maklumat Pergigian (DIS) telah disepadukan ke dalam aplikasi MySejahtera, mewujudkan Rekod Kesihatan Sepanjang Hayat (LHR) yang komprehensif.

Katanya, pendekatan digital ini bukan sahaja meningkatkan penjagaan pesakit tetapi juga menyokong perkhidmatan forensik pergigian terutamanya dalam proses Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).

“KKM komited untuk memanfaatkan penemuan penyelidikan untuk membentuk dasar, mengembangkan inisiatif baharu dan meningkatkan aktiviti kesihatan pergigian yang sedia ada.

“Dedikasi komuniti pergigian dalam menghasilkan penyelidikan yang berkualiti tinggi akan mendorong penambahbaikan berterusan dalam penyampaian penjagaan kesihatan mulut di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN