Hampir 4,000 terjejas, 10 perjalanan feri batal

Hampir 4,000 terjejas, 10 perjalanan feri batal

BESI penghadang feri My Master yang patah akibat dibadai ombak ketika perjalanan dari Kuala Kedah, semalam. – IHSAN FERRY LINE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KEDAH: Semua 10 perjalanan feri Langkawi dua hala dari Kuala Kedah terpaksa dibatalkan semalam ekoran laut bergelora dengan ombak menjangkau ketinggian sehingga lima meter.

Pengurus Besar Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Dr. Baharin Baharom berkata, pembatalan itu melibatkan empat perjalanan dari Langkawi dan enam perjalanan dari Kuala Kedah dengan kese­luruhan 3,945 penumpang terjejas.

“Terdapat 10 perjalanan laluan feri Langkawi – Kuala Kedah – Langkawi semalam, iaitu pada pukul 10.30 pagi, 12 tengah hari, 1 dan 1.30 petang dari Terminal Feri Kuah dan 9.30, 10.30. 11.30 pagi, 12 tengah hari dan 1.30 petang serta 2.30 petang dari Terminal Feri Kuala Kedah.

“Kesemua perjalanan itu dibatalkan kerana laut beralun teruk dengan ombak sehingga lima meter. Demi keselamatan semua penumpang kita terpaksa membatalkan trip tersebut.

“Keadaan amat menggerun­kan apabila ombak membadai feri termasuk feri terbesar kita, My Master pagi tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi semalam.

Baharin berkata, penumpang terjejas boleh menuntut bayaran balik atau menukar tarikh perjalanan masing-masing.

“Feri tambahan disediakan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis tertakluk kepada keupayaan terminal tersebut menerima jumlah penumpang serta paras air yang selamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN