PETALING JAYA: Pelakon Hafeez Mikhail mengumumkan dia dan isterinya, Azira Azman telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 16 September, kelmarin.
Hafeez yang memuat naik foto pertamanya bersama puterinya itu turut berkongsi nama dan jantina anaknya.
“Alhamdulillah isteri saya sihat dan Puteri sulung saya selamat dilahirkan pada 16/9/24 jam 10:20pm. Terima kasih kepada mereka yang mendoa.
“Salam dunia, saya Dahlia Ayesha,” kongsinya dalam sebuah hantaran di Instagram.
Perkongsian itu juga turut dihujani dengan ucapan tahniah dan doa dari rakan artis dan peminatnya di ruangan komen.
“Alhamdulillah, tahniah adik,” komen Syukri Yahaya.
“Alhamdulillah,” komen Hun Haqeem.
“Alhamdulillah, tahniah Hafeez dan isteri,” komen peminatnya.
Untuk info, Hafeez dan Azira telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2023.-UTUSAN