Gula berlebihan beri kesan pada kulit

Gula berlebihan beri kesan pada kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengambilan gula berlebihan dalam kalangan segelintir rakyat di negara ini boleh menyumbang kepada masalah kulit.

Pakar Dermatologi, Dr Nazirin Ariffin berkata, gula yang berlebihan bertindak sebagai pro-inflamasi yang boleh menyebabkan berlakunya radangan serta memburukkan kulit seperti masalah jerawat, eczema, kulit kusam, malah mempercepat proses penuaan.

Selain itu katanya, pengambilan gula yang tinggi akan menyebabkan glikasi iaitu proses  molekul gula melekat kepada protein seperti kolagen dan elastin, menyebabkan kerosakan kepada tisu kulit.

“Dua protein utama iaitu kolagen dan elastin  bertanggungjawab untuk membentuk keanjalan dan ketegangan kulit.

“Ini yang mengakibatkan kulit kehilangan keanjalan dan ketegangan seterusnya mempermudahkan kemunculan kedutan dan garis-garis halus,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Nazirin berkata, terdapat  kajian  mendapati pengambilan makanan berkadar indeks glisemik tinggi  boleh menyebabkan kemunculan jerawat dan menyebabkan penyakit jerawat yang lebih parah. 

“Gula bukan sahaja meningkatkan keradangan kulit, malah mencetuskan peningkatan insulin dalam darah.  Insulin yang berlebihan merangsang kelenjar sebum untuk menghasilkan lebih banyak minyak.  

“Minyak yang berlebihan menyebabkan pori-pori tersumbat, yang menjadi tempat pembiakan bakteria seterusnya menyebabkan jerawat,” jelasnya. 

Menurut Nazirin, kesihatan kulit juga bergantung kepada keseimbangan microbiota di dalam usus, dan gula berlebihan boleh mengganggu mikrobiota usus , selanjutnya boleh memperburuk gejala ekzema.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya