KLANG: Sekolah Rendah Islam Miftahul Hikmah yang dikaitkan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd. (GISBH) di Bandar Bukit Raja di sini, ditutup sepenuhnya dan tidak lagi beroperasi. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati keadaan sekolah yang berada berdekatan pondok pengawal kawasan perumahan berpagar itu sunyi dan kosong. Selain itu, papan tanda utama sekolah berkenaan di bangunan dua tingkat berkenaan telah diturunkan manakala pintunya turut dikunci. Dua notis penutupan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut ditampal di pintu sekolah itu yang bertarikh pada 18 September dan Isnin lalu. Notis berkenaan memaklumkan sekolah itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya