GISBH: Polis siasat Mufti Perlis didakwa terima mesej ugutan

GISBH: Polis siasat Mufti Perlis didakwa terima mesej ugutan

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan susulan mesej ugutan membabitkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin atau dikenali Maza, kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan mendapati Mufti Perlis ketika berada di pejabatnya di  Bangunan Dato Mahmud Mat, Kangar, PerliS menerima pesanan mesej melalui aplikasi WhatApps daripada nombor telefon tidak dikenali.

Katanya, terdapat empat pesanan mesej dihantar berkaitan Global Ikhwan and Services Berhad Holdings (GISBH) berkaitan perniagaan milik syarikat itu tidak dapat ditandingi dalam negara.

“Bagaimanapun beliau (Maza) tidak mengendahkan mesej itu menyebabkan individu terbabit menghantar mesej berbaur provokasi dan ugutan.

“Beliau (Maza) percaya pesanan WhatApps menunjukkan satu ugutan jenayah kerana maksud kafir harbi (kafir yang boleh diperang) adalah menghalalkan darah.

“Susulan itu, mufti tampil membuat laporan di Balai Polis Kangar kelmarin untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan.

“Usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN