GISBH nafi rumah amal kendaliannya ajar seks luar tabii

GISBH nafi terlibat dalam eksploitasi kanak-kanak, pemerdagangan manusia

GISBH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) menafikan dakwaan rumah amal kendalian pihaknya terbabit dalam mendidik kanak-kanak di bawah jagaannya dengan amalan seks luar tabii seperti yang tular di media sosial.

Syarikat itu dalam satu kenyataan menyifatkan tuduhan tersebut adalah berat dengan niat menimbulkan prasangka, fitnah dan berniat jahat sekali gus mewujudkan persepsi negatif terhadap GISBH.

Katanya, pihaknya yakin tuduhan itu dilemparkan daripada pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi dan terancang bagi menjatuhkan imej dan perniagaan syarikat tersebut.

“Kami menafikan segala tuduhan tersebut kerana rumah amal yang dinyatakan itu jelas bukan di bawah kendalian GISBH. Juga, bukan menjadi dasar kami untuk merancang dan melaksanakan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan undang-undang negara.

“Sebaliknya GISBH sentiasa berusaha memastikan “Islam Sebagai Cara Hidup’ diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan,” katanya.

Oleh demikian, GISBH akan membuat laporan polis dalam masa terdekat supaya siasatan dilakukan dan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

“Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang sengaja berniat jahat untuk mencemarkan nama baik GISBH,” katanya.

Semalam, polis menyerbu 20 rumah amal masing-masing 18 buah di Selangor dan dua di Negeri Sembilan kerana disyaki terlibat dengan pengabaian serta penganiayaan, amang seksual dan juga perbuatan cabul terhadap kanak-kanak berusia antara satu tahun hingga 17 tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pada 2 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan polis berkaitan dakwaan itu di Port Dickson dan beberapa laporan sama turut dibuat di beberapa tempat selepas itu.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat tersebut, PDRM membuka lapan kertas siasatan membabitkan empat di Selangor dan empat di Negeri Sembilan.

Antara modus operandi yang disyaki dijalankan di premis tersebut adalah mangsa diajar dan dididik cara-cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat pula oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN