GISBH: Ibu bapa kanak-kanak dikenal pasti, enggan tampil mengaku anak mereka

GISBH: Ibu bapa kanak-kanak dikenal pasti, enggan tampil mengaku anak mereka

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kebanyakan ibu bapa melibatkan 392 kanak-kanak yang diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 20 rumah amal di bawah syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) telah dikenal pasti.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, bagaimanapun, kesemua individu masih belum tampil untuk diambil keterangan.

Beliau berkata, alasan diberikan dipercayai tidak mengetahui anak mereka telah diselamatkan dari rumah amal yang diserbu.

Selain itu, ada juga ibu bapa yang tidak mengakui kanak-kanak mereka memandangkan pihak pengurusan GISBH mendakwa mereka adalah anak yatim.

“Siasatan juga mendapati, sebahagian kanak-kanak ini telah pun ‘dibinkan’ dengan Abdullah yang mana mereka tidak mengetahui status kanak-kanak berkenaan sama ada anak mereka atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN