GISBH: Beberapa individu termasuk kanak-kanak diperiksa 

Beberapa individu termasuk kanak-kanak ada kaitan dengan GISBH diperiksa 

PASARAYA Ikhwan Mart milik GISBH diserbu pagi ini dan wanita, remaja dan kanak-kanak berusia sekitar tujuh sehingga 50-an dibawa ke IPK Selangor untuk proses dokumentasi. - FOTO/FB PUKAS MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan terhadap beberapa individu termasuk kanak-kanak dalam serbuan Op Global di pusat perniagaan Global Ikhwan Services and Business (GISBH) di Bandar Country Homes, Rawang di sini pagi ini, untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, kesemua mereka terdiri daripada wanita, remaja dan kanak-kanak berusia sekitar tujuh sehingga 50-an.

Mereka ditemukan dalam premis perniagaan dan kediaman di pusat perniagaan yang dimiliki GISBH semasa serbuan dijalankan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang bermula kira-kira 6 pagi.

Susulan pemeriksaan, mereka dibawa menaiki enam van dan tiga kereta Perodua Aruz ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk proses dokumentasi.

Operasi oleh Polis Kontinjen Selangor bersama Polis Simpanan Persekutuan (PSP) turut dibantu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Dalam operasi bermula pukul 6.30 pagi ini, puluhan lot premis perniagaan seperti restoran, kedai dobi, kedai pencetakan, poliklinik, hotel, bakeri, pusat khidmat media, butik dan galeri disyaki milik GISBH.

Dalam operasi sama, pihak MPS turut merobohkan beberapa struktur binaan haram selain menyita premis-premis perniagaan dimiliki GISBH yang didapati tidak berlesen.

Selain di Bandar Country Homes, Op Global yang dijalankan di seluruh negara oleh Bukit Aman dan Polis Kontinjen Negeri di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN