GISBH: Ahli kena doktrin sebagai ‘anak yatim’, ada ahli ada 34 anak

GISBH: Ahli kena doktrin sebagai ‘anak yatim’, ada ahli ada 34 anak

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bercakap pada sidang akhbar Op Global di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) di sini hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan terdapat ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang mempunyai 34 anak. 

Katanya, siasatan mendapati ahli tersebut mengamalkan poligami dengan beristeri empat dan mempunyai 34 anak. 

“Daripada 34 anak, dua anak tinggal bersamanya. 

“Kalau kita tanya siapa nama anak dia mungkin dia pun tidak tahu,” katanya dalam sidang akhbar Op Global di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Razarudin berkata, hasil keterangan pihak polis mendapati terdapat kanak-kanak terutamanya bawah 12 tahun yang tinggal di rumah kebajikan GISBH tidak mengenali ibu bapa mereka yang dalam kalangan ahli.

“Ada juga ibu bapa kanak-kanak yang kita selamatkan turut ditahan polis. Mereka tidak mahu mengaku mereka (kanak-kanak) anak-anak mereka. 

“Ini kerana GISBH juga memaparkan dalam laman web sumbangan untuk ‘anak yatim’ walhal sebenarnya anak-anak ahli, ia adalah satu penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

“Jadi lebih baik mereka tidak mengaku kerana tidak ada kesalahan itu. Ibu bapa dan kanak-kanak telah didoktrin ini (anak yatim) malah ada yang tidak kenal ibu bapa seolah-olah memang anak yatim,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya