GISBH: 10 individu dilanjut reman

GISBH: 10 individu dilanjut reman

ANTARA individu yang dibawa untuk lanjutan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, hari ini. -UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 10 individu yang mempunyai kaitan dengan Global Service and Business Holdings (GISBH) dilanjutkan reman bagi membantu siasatan berhubung kes pengekploitasian dan pemerdagangan kanak-kanak.

Perintah reman antara empat hingga tujuh hari itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Muhammad Firdaus Abdul Rashid di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Peguam yang mewakili mereka, Shalehuddin Salam berkata, semua individu itu terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita berusia 22 hingga 53 tahun.

“Kesemua mereka sebelum ini telah direman selama seminggu dan tempohnya tamat hari ini.

“Tempoh reman mereka disambung lagi antaranya sehingga 5 Oktober ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Tambah beliau, siasatan antaranya dijalankan mengikut Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022.

Terdahulu, kesemua individu yang berpakaian lokap jingga itu tiba dengan menaiki trak polis dengan dikawal ketat anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), kira-kira pukul 9.35 pagi.

Mereka dibawa untuk tahanan di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.

Terdahulu, empat isteri dan tiga anak seorang Ahli Lembaga Pengarah GISBH turut direman seminggu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Utusan Malaysia pada 22 September lalu melaporkan seramai 29 individu yang dikaitkan dengan GISBH direman di mahkamah berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 10 laporan terbaharu daripada individu yang didakwa menjadi mangsa buruh paksa GISBH.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan mereka yang berusia 14 tahun hingga 20-an itu melibatkan kes yang berlaku sejak 2013 di Selangor,  Sarawak dan Kedah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya