GISB Travel, Al Haramain antara 81 syarikat kartel umrah

GISB Travel, Al Haramain antara 81 syarikat kartel umrah

GISB Travel & Tours Sdn. Bhd.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: GISB Travel & Tours Sdn. Bhd., Al Haramain Global Tours & Services Sdn. Bhd. dan Al Haramain Travel & Tours Sdn. Bhd. antara 81 syarikat penyediaan perkhidmatan umrah dikesan terlibat dalam kegiatan kartel menentukan harga.

Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Datuk Seri Mohd. Hishamudin Yunus berkata, pihaknya mengeluarkan keputusan cadangan terhadap syarikat-syarikat berkenaan kerana terlibat dengan perjanjian penetapan harga bagi penyediaan perkhidmatan umrah bermula awal tahun lalu.

Sehubungan itu, katanya, MyCC mengenakan penalti kewangan terhadap kesemua syarikat berkenaan dan perlakuan kartel mereka boleh dianggap melanggar seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

“Melalui siasatan pada peringkat keputusan cadangan, MyCC mendapati kesemua perusahaan ini merupakan ahli persatuan berdaftar di Malaysia dan bersetuju menetapkan harga lantai bagi kedua-dua perkhidmatan pakej umrah ekonomi dan premium dalam beberapa mesyuarat mereka pada awal 2023.

“MyCC juga mendapati persatuan terlibat membuat pengumuman kepada media memaklumkan kepada orang awam tentang harga lantai yang dipersetujui mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

                                              Al Haramain Travel & Tours Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Mohd. Hishamudin berkata, tidak boleh diandaikan bahawa mana-mana perusahaan yang dinyatakan melanggar Akta 712 kerana pada peringkat itu, keputusan cadangan dikeluarkan MyCC adalah dapatan awal.

Katanya, kesemua perusahaan yang dinamakan dalam keputusan cadangan dimaklumkan mengenai penalti kewangan yang dicadang MyCC.

“Perusahaan ini diberi peluang mengemukakan representasi bertulis kepada MyCC dalam tempoh 30 hari selepas menerima keputusan cadangan.

“Selepas itu, perusahaan yang sama diberi peluang membentang representasi lisan kepada suruhanjaya pada tarikh yang akan ditetapkan. MyCC hanya mengeluarkan keputusan akhir selepas mempertuimbang representasi oleh perusahaan ini bersama bukti yang diperolehi semasa proses siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN