GISB: PKPU perjelas peranan Jakim

GISB: PKPU perjelas peranan Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tampil memberi penjelasan berhubung peranan Jakim dalam isu Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd.

Presidennya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ia dibuat susulan kenyataan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin berkenaan peranan dan bidang kuasa Jakim dalam isu GISB pada Khamis telah menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif masyarakat terhadap fungsi Jakim.

“Justeru, PKPU merasa perlu memberikan penjelasan dan mempertahankan fakta-fakta yang telah dinyatakan.

“Adalah penting untuk difahami bahawa Jakim adalah sebuah agensi agama persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang bertindak menyelaras pengurusan hal ehwal Islam dengan mandat daripada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

“Jakim juga bertanggungjawab kepada Kabinet dan melaksanakan tugas berdasarkan peruntukan undang-undang serta garis panduan sebagai sebuah agensi kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, terdapat juga beberapa pihak berkuasa agama yang didakwa tidak mahu memberi perhatian serius kepada kajian kumpulan pengkaji dan aktivis yang memantau kegiatan GISB itu.

Menurut Mohd Ajib, Jakim sentiasa bekerjasama erat dengan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa agama negeri bagi memastikan segala tindakan diambil berlandaskan undang-undang sedia ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN