Gerakan persoal harga diesel lebih tinggi dari pasaran antarabangsa

Gerakan persoal harga diesel lebih tinggi dari pasaran antarabangsa

Dominic Lau Hoe Chai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) mempersoal mengapa harga runcit diesel di negara ini ditetapkan lebih tinggi berbanding kadar pasaran antarabangsa. 

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, perubahan harga minyak di pasaran antarabangsa baru-baru ini menyaksikan kadar bagi diesel bersamaan dengan RM2.62 seliter berbanding  harga runcit di Semenanjung Malaysia pada RM3.16 seliter.

Oleh itu, katanya, perbezaan harga yang besar dapat dilihat dan mahu kerajaan menjelaskan perbezaan kadar berkenaan. 

“Pada Ogos, tukaran ringgit kepada dolar adalah 1 dolar bersamaan RM4.56 dan pada akhir Ogos hingga awal September, 1 dolar bersamaan RM4.33.

“Ini bermakna harga diesel antarabangsa turun dari RM452.49 setong (berdasarkan tukaran RM4.56) kepada RM371.47 (berdasarkan tukaran RM4.33), penurunan kira-kira 18 peratus.

“Namun, mengapa harga runcit diesel di negara kita masih RM3.16 seliter? Perbezaan harga tersebut adalah kira-kira 54 sen,” katanya dalam kenyataan. 

Menurut Domic Lau, dahulu ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya melaksanakan  cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus, pemimpin Pakatan Harapan (PH) turun ke jalan untuk membantah. 

Katanya, kini harga runcit diesel lebih tinggi sebanyak 54 sen berbanding harga antarabangsa, seolah-olah rakyat perlu menanggung perbezaan itu bagi setiap liter diesel yang diisi.

Pada masa sama, beliau berkata, walaupun keuntungan bersih Petronas bagi separuh pertama tahun kewangan 2024 menurun sebanyak 19 peratus berbanding tahun sebelumnya, syarikat itu masih mencatatkan pendapatan sebanyak RM32.4 bilion. 

Oleh itu, beliau mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyatannya sebelum ini bahawa beliau akan meminta Petronas memberikan dividen khas sebanyak RM1 bilion untuk mengurangkan beban rakyat. 

“Petronas telah membayar dividen sebanyak RM12 bilion kepada kerajaan dalam separuh pertama tahun ini, manakala cukai yang dibayar, termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST), adalah sebanyak RM10.9 bilion.”

“Saya juga berharap Kementerian Kewangan dapat menjelaskan dengan lebih lanjut, di manakah dividen yang diperoleh daripada syarikat milik kerajaan ini digunakan,” tegas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya