Geng Thamu, Geng Tongkol tumpas

Geng Thamu, Geng Tongkol tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Geng Thamu yang aktif dalam jenayah pecah cermin kereta dan melarikan barang berharga tumpas selepas dua lelaki warga tempatan dan warga Pakistan berusia 50 tahun ditahan polis, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, susulan penahanan itu, sebuah motosikal disyaki diguna suspek selain beberapa barang kes seperti enam telefon bimbit, 18 komputer riba serta pakaian dirampas.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM60,000,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan penahanan kedua-dua suspek, polis berjaya menyelesaikan 20 kes  pecah kenderaan di Kuala Lumpur.

Siasatan mendapati Geng Thamu aktif sejak awal tahun ini di mana suspek utama memiliki empat rekod lampau.

Kedua-dua suspek direman tiga hari bagi siasatan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Ahmad Sukarno menambah, polis turut menumpaskan Geng Tongkol yang terlibat dalam jenayah pecah masuk sekolah.

Menurutnya, empat lelaki tempatan berusia 18 hingga 20 tahun ditahan di Batu Caves dan Bukit Jalil pada 20 Ogos lalu.

Jelas beliau, empat pasang pakaian digunakan suspek semasa melakukan jenayah selain telefon bimbit, topi keledar (lima) dan wang tunai kira-kira RM1,300 serta sebuah motosikal dirampas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN