Gaza turut sambut Hari Kemerdekaan Malaysia

Gaza turut sambut Hari Kemerdekaan Malaysia

Kanak-kanak di Gaza turut menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia di hadapan mural yang dihasilkan oleh anak-anak muda Palestin, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Di sebalik jerih perih menghadapi kekejaman rejim Zionis sejak 7 Oktober 2023, rakyat Palestin di Gaza menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia dengan cara tersendiri apabila melukis mural sempena Hari Kemerdekaan ke-67.

Ia dilakukan sekumpulan anak muda Gaza sebagai tanda terima kasih kepada Malaysia atas bantuan dan sumbangan diberikan sebagai tanda solidariti terhadap nasib mereka yang sehingga kini masih berhadapan kekejaman tentera Israel.

Mural itu dilukis mereka di dinding-dinding daripada sisa bangunan kediaman dan komersial yang runtuh akibat dibom rejim Zionis dengan ucapan ‘Selamat Hari Merdeka Ke-67’.

Dalam video berdurasi 1 minit 27 saat yang dikongsikan Cinta Gaza Malaysia (CGM), kelihatan anak-anak Gaza turut mengibarkan jalur gemilang bersama bendera Palestin.

Rakaman itu juga turut memaparkan beberapa orang remaja Palestin yang mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada rakyat Malaysia dalam bahasa Arab selain mendoakan tanah air tercinta ini terus maju jaya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya