Garis panduan CRESS berkuat kuasa hari ini 

Garis panduan CRESS berkuat kuasa hari ini 

tenaga
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PERTRA)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Garis panduan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) yang menyediakan opsyen pembekalan elektrik hijau yang lebih luas kepada pengguna korporat, berkuat kuasa mulai hari ini. 

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam satu kenyataan berkata, Suruhanjaya Tenaga akan mengeluarkan garis panduan khusus sebagai panduan regulatori kepada pihak industri dan berkepentingan yang berhasrat menyertai program CRESS. 

Justeru katanya, mana-mana pihak yang berminat boleh memuat turun dokumen itu melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my.

“PETRA yakin pelaksanaan program CRESS akan menyokong dan menjadi pemangkin pembangunan serta aspirasi peralihan tenaga sektor bekalan elektrik, terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) daripada 26 peratus bersamaan 10.6GW kepada 40 peratus menjelang 2035 dan 70 peratus pada 2050. 

“Inisiatif ini juga akan memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan jejak karbon sektor bekalan elektrik selain mengurangkan kebergantungan sistem bekalan elektrik negara kepada sumber bahan api fosil,” kata kenyataan itu. 

Pada 26 Julai lalu, PETRA mengumumkan pelaksanaan inisiatif grid terbuka menerusi pengenalan program CRESS. 

Pelaksanaan Program CRESS akan menyediakan opsyen pembekalan elektrik hijau yang lebih luas kepada pengguna korporat bagi membolehkan syarikat korporat memenuhi komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam aspek penggunaan bekalan elektrik hijau melalui konsep akses pihak ketiga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN