KLUANG: Seekor gajah mati selepas dilanggar sebuah treler di Jalan Sri Timur berhampiran Kampung Sri Timur di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada pukul 10.45 malam itu berlaku ketika treler dipandu seorang lelaki dalam perjalanan daripada Mersing menghala ke Felda Kahang Timur.
“Sebaik sahaja sampai dil okasi kejadian, seekor gajah jantan dewasa dikatakan melintasi jalan secara tiba-tiba menyebabkan pemandu treler tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan berkenaan,” katanya hari ini.
Menurut Bahrin, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut. – UTUSAN