Gajah jatuh gaung setinggi 30 meter ditemukan mati

Gajah jatuh gaung setinggi 30 meter ditemukan mati

GAJAH betina ditemukan mati akibat terjatuh gaung setinggi 30 meter di Ladang Sankina, Lahad Datu pada Isnin-IHSAN JHL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Seekor gajah ditemukan mati setelah terjatuh ke dalam gaung setinggi 30 meter di Ladang Sankina, di sini pada Isnin.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Roland Oliver Niun berkata, bangkai gajah betina berusia lima tahun tersebut ditemukan oleh pekerja ladang pada Isnin, kira-kira pukul 7 pagi.

Beliau berkata, bertindak atas aduan orang awam, anggota JHL menjalankan siasatan dan mendapati terdapat seekor gajah telah mati di lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, terdapat kesan darah pada bahagian badan gajah tersebut. Makluman awal, kematian berpunca daripada kecederaan kerana terdapat kesan lebam-lebam pada bahagian badan gajah berkenaan,” katanya.

Kata beliau, proses bedah siasat juga akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian gajah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN