Foo Fighters batal konsert susulan kontroversi vokalis curang - Utusan Malaysia

Foo Fighters batal konsert susulan kontroversi vokalis curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Kumpulan Foo Fighters terpaksa membatalkan konsert sulung mereka tahun ini berikutan pengakuan vokalis, Dave Grohl yang berlaku curang terhadap isterinya.

Keputusan itu diumumkan kumpulan tersebut menerusi satu hantaran dalam Instagram baru-baru ini.

Foo Fighters menerusi hantaran itu mengesahkan penyertaan mereka sempena Soundside Music Festival di Connecticut dibatalkan susulan kontroversi berkenaan.

Grohl, awal September lepas mengejutkan ramai pihak apabila memaklumkan kini bergelar bapa kepada anak yang dilahirkan skandalnya.

Bekas pemain dram kumpulan Nirvana itu menerima kecaman kerana berlaku curang terhadap isteri, Jordyn Blum yang dikahwininya sejak 20 tahun lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 2003 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya