Fazura seorang yang profesional - Nadia Brian - Utusan Malaysia

Fazura seorang yang profesional – Nadia Brian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Nadia Brian mengakui terkejut selepas menerima khabar mengenai rumah tangga aktres terkenal, Nur Fazura yang dikatakan bakal bercerai.

Nadia yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Fazura menerusi drama bersiri Lelaki itu menyifatkan aktres terkenal tersebut seorang yang ceria dan profesional.

“Sewaktu bekerjasama dengan dia, sangat baik dan amat memberi dari segi lakonan. Itu isu peribadi. Saya juga tidak mengenali pasangan dia dengan rapat.

“Masa kami berlakon bersama pun kami ada dua pasukan yang berbeza. Tapi bila dalam satu set penggambaran, dia sangat peramah, ceria dan profesional. Dia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia sedang dalam masalah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nadia yang pernah melalui situasi yang sama berharap agar pasangan itu diberi ruang untuk mengharungi fasa sukar itu dengan mudah.

“Saya sangat terkejut bila dapat tahu tentang perkara itu. Siapa yang mahu perkahwinan itu berakhir dengan perceraian. Benda itu memerlukan banyak usaha.

“Hanya tuan badan yang melaluinya sahaja tahu, jadi biarkan mereka harunginya. Kita hanya mampu mendoakan yang baik-baik,” jelasnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Nadia ketika ditemui di sidang media Teater Kompilasi Kerana Percayakan Siti di sini, hari ini.

Hari ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, tengah hari.

Setakat ini, pihak Utusan Malaysia cuba mendapatkan penjelasan Fazura dan Fattah, namun gagal.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN