Fazura, Fattah masih 'follow' di Instagram

Fazura, Fattah masih ‘follow’ di Instagram

Kontroversi rumah tangga Fazura dan Fattah terus menjadi bualan ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan selebriti Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih follow antara satu sama lain meskipun kisah rumah tangga mereka menjadi perhatian selepas aktres wanita itu nekad meletakkan titik noktah dalam perkahwinan mereka.

Hasil semakan Utusan Online di akaun Instagram Fazura, beliau masih follow atau mengikut akaun Fattah.

Begitu juga di akaun Fattah apabila aktor itu masih mengikuti Instagram milik Fazura.

Status rumah tangga pelakon, Fazura dan Fattah kini semakin menjadi perhatian selepas aktres wanita itu nekad meletakkan titik noktah dalam perkahwinan mereka.

Namun, keputusan itu tidak dipersetujui oleh Fattah yang dilihat mahu mempertahankan bahtera rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu.

Terdahulu Fazura telah memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.

Sehingga kini, punca perceraian tersebut tidak didedahkan secara terperinci.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 3. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya