‘Fazura, Fattah mahu bercerai, kami yang sedih’- Netizen - Utusan Malaysia

‘Fazura, Fattah mahu bercerai, kami yang sedih’- Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Status rumah tangga pelakon, Nur Fazura dan Fattah Amin kini semakin menjadi perhatian selepas aktres wanita itu nekad meletakkan titik noktah dalam perkahwinan mereka.

Namun, keputusan itu tidak dipersetujui oleh Fattah yang dilihat mahu mempertahankan bahtera rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu.

Biarpun menerima pelbagai tohmahan, Fattah dengan tenang menyelar spekulasi yang mendakwa dirinya mempunyai wanita lain selain isterinya, Fazura.

Malah, pelakon lelaki itu turut menyatakan dia masih menyayangi isterinya sebaliknya berharap tiada pihak yang campur tangan disaat dia ingin perbaiki situasi yang berlaku.

Sementara itu, rata-rata warganet turut berduka dengan ujian yang dilalui oleh pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu.

Rata-rata peminat mereka turut berharap mereka berjaya menyelesaikan kemelut yang berlaku dengan baik tanpa sebarang perceraian.

“Artis lain bercerai tak sedih pun. Tapi Fazura dan Fattah ini rasa sedih sangat. Moga ada jodoh lagi,” komen seorang netizen.

“Kenapa bila keluarga ini diuji, kita yang rasa sakit sekali? Artis lain tak rasa pun,” kata seorang lagi peminat mereka.

“Harapnya tak teruskanlah dengan perpisahan. Kami semua sangat sedih. Jangan bagi syaitan, iblis menang tepuk tangan lihat satu rumah tangga hancur,” komen seorang pengikutnya.

Terdahulu, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.

Sehingga kini, punca perceraian tersebut tidak didedahkan secara terperinci.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 3. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya