Fazura, Fattah kekal ‘trending’ di X - Utusan Malaysia

Fazura, Fattah kekal ‘trending’ di X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setelah pengumuman mengejut pelakon terkenal, Nur Fazura Sharifuddin yang dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin semalam, nama pasangan itu masih sohor kini di aplikasi X sehingga hari ini.

Tinjauan di platform itu menunjukan, ciapan mengenai Fazura telah mencecah 26,000 manakala carian mengenai Fattah telah melebihi 13,600.

Rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut dan membuat kesimpulan dengan kisah penceraian dua pasangan sejoli itu.

Pelbagai spekulasi yang dibuat oleh warga X berkenaan kisah perpisahan itu antaranya hubungan mereka berpisah angkara orang ketiga, tidak bersefahaman dan lain-lain.

Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, tengah hari.

Setakat ini, pihak Utusan Malaysia cuba mendapatkan penjelasan Fazura dan Fattah, namun gagal.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya