PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin hari ini.
Memetik laporan sebuah portal berita tempatan, Fazura dikhabarkan memfailkan perceraian tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Sebelum ini, status rumah tangga pasangan itu sering menjadi sorotan selepas timbul dakwaan keharmonian mereka diganggu orang ketiga.
Susulan itu, pasangan itu juga sudah lama tidak kelihatan bersama mahupun saling berkongsi foto di mana-mana platform media sosial.
Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 3.-UTUSAN