Fattah 'diserang' netizen, peminat luah kecewa - Utusan Malaysia

Fattah ‘diserang’ netizen, peminat luah kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dikhabarkan bakal bercerai dengan aktres popular, Nur Fazura, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa dengan pelakon, Fattah Amin.

Meskipun belum mengetahui punca di sebalik kemelut yang terjadi, ruangan komen Instagram Fattah dihujani dengan serangan kecaman yang rata-ratanya menyalahkan aktor itu.

“Kalaulah betul cerita-cerita itu, kau ni memang sejenis lelaki tak bersyukur, yang tak boleh nak lindungi keluarga sendiri. Memalukan,” komen seorang netizen.

“Fazura secantik-cantik macam tu pun kau nak cerai ke?” soal pemilik akaun yang lain.

“Bini punyalah cantik, pandai cari duit, ada anak comel, tak faham betul lelaki macam ini,” kata seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang menggesa Fattah untuk menyelematkan perkahwinan mereka yang telah dibina selama tujuh tahun itu.

“Tolong. Buat sesuatu. Ambil dia balik. Mesti ada jalannya,” kata seorang netizen.

“Senang-senang je nak cerai. Cuba ingat balik korang punya ‘Wedding of The Year’ macam mana? Jagalah baik-baik, bincang baik-baik. Kesian tau Fatima,” kata seorang lagi netizen.

Bagaimanapun ruangan komen Fazura seolah berbeza suasana apabila rata-rata komen mendoakan yang terbaik dan menitipkan kata-kata semangat kepada aktres itu supaya kuat menjalani ujian tersebut.

Spekulasi keretakkan rumah tangga Fattah dan Fazura akhirnya terlerai selepas pelakon wanita itu dikhabarkan sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.

Namun, punca perceraian itu tidak didedahkan sehingga kini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya