Fattah Amin kongsi foto bersama Fatima tanpa Fazura - Utusan Malaysia

Fattah Amin kongsi foto bersama Fatima tanpa Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setelah sekian lama tidak memuat naik sebarang perkongsian peribadi, pelakon terkenal Fattah Amin akhirnua tampil berkongsi foto bersama anaknya, Nur Fatima Aisya.

Fattah yang berkongsi hantaran tersebut di Instagram Story turut mengucup pipi puteri kesayangannya itu dengan penuh kasih sayang serta meninggalkan emoji bentuk hati yang berwarna biru.

Bagaimanapun, foto keluarga itu kini kelihatan tidak lengkap dan sempurna tanpa sosok tubuh isterinya, Nur Fazura.

Sebelum ini, status rumah tangga pasangan itu hangat menjadi sorotan selepas Fazura nekad memfailkan perceraian terhadap aktor itu pada 13 September lalu.

Namun, Fattah enggan mengakhiri perkahwinan mereka yang sudah dibina selama tujuh tahun itu kerana masih sayang akan aktres tersebut.

Malah, pelakon drama bersiri, Lelaki Melayu Terakhir itu turut menafikan bahawa dia memiliki wanita lain selain Fazura sekaligus meleraikan dakwaan yang mengatakan dirinya berlaku curang.

Difahamkan, pasangan tersebut bakal menghadiri Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi menguruskan proses perceraian mereka, esok.

Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Fatima. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya