PETALING JAYA: Pelakon Fattah Amin dilihat menerima kecaman hebat daripada warganet selepas isterinya, Nur Fazura disahkan memfailkan perceraian terhadapnya pada Jumaat.
Hasil tinjauan di ruangan media sosial aktor sensasi itu, rata-rata warganet seolah mahu memboikot setiap karya lakonannya.
“Tak adalah nak sokong kau lepas ini. Muka sudah nampak baik, sekali geng sol rupanya,” komen seorang netizen di perkongsian Fattah yang mempromosikan filem Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah.
“Jadi, nak kena tengok ke?,” soal seorang lagi netizen.
“Terus tak tengok dah cerita dia. Kalau tak, temanlah orang pertama duduk depan TV. Cerita yang tengah hangat sekarang pun dah tak tengok,” kata seorang lagi netizen.
Terdahulu, Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah sekaligus meleraikan spekulasi mengenai pergolakkan rumah tangga mereka.
Namun, sumber yang berkongsi khabar angin itu tidak dinyatakan butiran terperinci mengenai tindakan yang diambil oleh aktres berkenaan.
Rentetan itu, Fazura juga dilihat nekad dengan keputusannya untuk mengakhiri perkahwinan yang telah dibina selama tujuh tahun setelah berkongsi kata-kata di media sosialnya.
Fazura dan Fattah telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 3. -UTUSAN