Fahmi tidak jelaskan punca penamatan perkhidmatan KP JKOM

Fahmi tidak jelaskan punca penamatan perkhidmatan KP JKOM

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan mengulas lanjut punca penamatan kontrak Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Dr Mohd. Khairuddin Othman.

Beliau bagaimanapun, hanya menjelaskan penamatan Mohd Khairuddin itu adalah perkara biasa dan dibuat mengikut proses sedia ada.

“Tidak,” jawabnya ringkas apabila ditanya punca penamatan kontrak Dr Mohd Khairuddin dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Fahmi berkata, dalam isu jawatan kontrak, pelantikan dan penamatan ada prosesnya dan itu (penamatan) adalah perkara biasa.

Selain itu, beliau menjelaskan, jawatan itu kini dipangku oleh seseorang, namun tidak menjelaskan lanjut mengenai perkara itu.

Media semalam melaporkan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras itu sebagai Ketua Pengarah Jabatan JKOM sudah ditamatkan semalam.

Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM bermula 1 Mac lalu bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum itu disandang Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusof. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya