'Era pandemik Covid-19 cabaran terbesar'

‘Era pandemik Covid-19 cabaran terbesar’

WAN Kamarul Azran Wan Yusof pada majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Sepang, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Sepang). - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Cabaran mengendalikan kawalan dan trafik di era pandemik Covid-19 disifatkan paling mencabar sepanjang bergelar Ketua Polis Daerah Sepang.

Apa tidaknya, daerah Sepang sendiri mengendalikan sekatan jalan raya (SJR) terbanyak di negara ini ketika musim pandemik itu.

Itu antara peristiwa yang sempat dikongsi Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof pada majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Sepang, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Sepang) di sini petang semalam.

Wan Kamarul Azran berkata, ia antara cabaran terbesar dilaluinya bersama 900 pegawai kanan dan anggota sepanjang empat tahun dan tujuh bulan menjawat jawatan itu.

Beliau berkata, selain mengendalikan SJR, pihaknya juga terbabit mengawal pusat kuarantin Covid-19 terbesar di negara ini iaitu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

“Kami juga terbabit dalam kawalan pusat simpanan vaksin dan pusat-pusat kuarantin lain di sekitar daerah ini.

“Selain itu, cabaran dalam menangani kes jenayah juga tidak kurang hebatnya dan antara kes yang
menarik perhatian adalah penculikan warga asing di Cyberjaya.

“Tahniah diucapkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah yang bukan setakat berjaya mendakwa enam suspek tetapi turut berjaya menumpaskan empat orang suspek dan merampas kembali wang tunai serta kenderaan dan juga barangan bernilai RM3.5 juta,” katanya.

Katanya, daerah Sepang juga turut popular susulan kes kanak-kanak berumur 12 tahun yang memandu kereta dan remaja perempuan berumur 14 tahun yang menyamar sebagai doktor,” katanya.

Wan Kamarul Azran turut berkongsi cabaran ketika berkawal di Pameran Pertanian Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) di MAEPS, Serdang yang membabitkan kehadiran orang awam yang ramai serta kesesakan lalu lintas.

Wan Kamarul Azran menyerahkan tugas Ketua Polis Daerah Sepang untuk dipangku sementara oleh timbalannya, Superintendan Shan Gopal Krishnan dan akan memulakan peranan baharu sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mulai 1 Oktober depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya