Eogene teruskan kecemerlangan layak ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Eogene teruskan kecemerlangan layak ke separuh akhir

EOGENE Ewe (kiri) bersama Setiausaha Persatuan Badminton Perak, Zambri Bahari (tengah) dan Wongsup Wongsup-In. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain negara, Eogene Ewe meneruskan kecemerlanganya dalam Cabaran Badminton Antarabangsa Petronas Malaysia 2024 di Arena Badminton Perak Ipoh hari ini.

Selepas semalam menyingkir pilihan utama, Koo Takahashi, hari ini pemain pilihan ke-14 itu mudah menjinakkan lawannya di suku akhir, Wongsup Wong Sup-In dari Thailand untuk layak ke separuh akhir.

Eogene, 19, menang 21-13, 21-15 dalam tempoh 38 minit dan akan bertemu pemain pilihan ke-16, Minoru Koga dari Jepun.

Koga menyingkir rakan senegara, Shogo Ogawa 21-18, 21-7.

Seorang lagi pemain negara, Soleh Aidil juga layak ke separuh akhir.

Soleh, pilihan keenam terpaksa berhempas pulas selama 64 minit untuk mengatasi pemain Jepun, Keisuke Fujiwara 19-21, 21-6, 21-15.

Bagaimanapun, nasib malang menimpa Ong Zhen Yi, pilihan ke-10 apabila kecundang kepada pilihan kelima dari Jepun, Riku Hatano, 21-12, 17-21,12-21.

Malaysia juga mempunyai wakil di separuh akhir acara Beregu Campuran apabila pasangan Lau Yi Sheng-Yap Rui Chen menang 21-12, 21-12 ke atas Julius Villabrille-Airah Mae Nicole Albo (Filipina).

Pasangan beregu wanita negara, Ng Qi Xuan-Yap Rui Chen turut melayakkan diri ke separuh akhir apabila menyingkir lawan dari Jepun, Kokona Ishikawa-Mio Konegawa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya