Enggan berpindah ke PPS kerana beranggapan masih selamat

Enggan berpindah ke PPS kerana beranggapan masih selamat

SITI Salmiah (kiri) dan Mohamad Ismail berdiri di hadapan rumah mereka yang masih digenangi air di Kampung Chegar, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR : Sepasang suami isteri warga emas di sini antara sebahagian daripada penduduk yang enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan walaupun air telah naik sehingga melepasi paras lutut.

Siti Salmiah Ahmad, 72, berkata, dia dan suaminya Mohamad Ismail, 76, berpandangan bahawa, banjir kilat itu hanya berlaku untuk tempoh sementara waktu sahaja dan air kini semakin surut.

“Kami ‘okay’, tak apa. Insya-Allah,” kata wanita itu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chegar di sini, hari ini.

Menurut Siti Salmiah, air mulai naik sejak petang kelmarin melalui dapur rumah mereka dan menghampiri paras pinggang.

Bagaimanapun katanya, paras air mula menurun sejak pagi tadi ditambah dengan keadaan cuaca yang agak cerah berbanding semalam.

“Setakat ni makan pakai kami pun semua cukup. ‘Tak dak’ (tiada) orang ‘mai’ (datang) tanya atau bagi bantuan apa pun. Tapi semua cukup,” katanya yang tinggal di rumah tersebut bersama lima orang cucunya.

Tambah Siti Salmiah, dia dan keluarga pernah berhadapan dengan keadaan banjir yang lebih teruk sebelum ini berbanding apa yang dihadapinya ketika ini.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Tasek Gelugor dan beberapa lokasi lain di daerah Seberang Perai Utara (SPU) mendapati, keadaan banjir masih belum surut sepenuhnya walaupun cuaca dilihat semakin cerah.

Kawasan rendah masih digenangi air manakala beberapa sungai juga dilihat masih berada pada paras bahaya atau berjaga-jaga.

Pada masa yang sama, beberapa penduduk yang ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) juga mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum pulang ke rumah masing-masing walaupun diberitakan bahawa air semakin surut dan cuaca kembali cerah.

Hal ini demikian kerana, rata-rata mereka bimbang terpaksa berdepan dengan bencana banjir buat kali kedua memandangkan cuaca masih tidak menentu buat masa ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya