Elak ditipu, pembeli kereta terpakai boleh semak rekod kemalangan

Elak ditipu, pembeli kereta terpakai boleh semak rekod kemalangan

PEMBELI kereta import terpakai atau kereta terpakai tempatan perlu bijak membuat pembelian kenderaan tersebut agar mereka tidak tertipu dengan tawaran peniaga yang tidak bertanggungjawab. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pembeli kereta terpakai dari luar negara (recond) atau tempatan kini boleh mendapatkan laporan data penuh semakan kenderaan sama ada kenderaan itu pernah membuat tuntutan kemalangan dengan pihak insurans atau sebaliknya.

Perkhidmatan terbaharu itu dibangunkan syarikat semakan kondisi kenderaan, SCRUT sebagai satu inisiatif membantu pengguna mendapatkan data-data berkaitan termasuk tahap kerosakan akibat sesuatu kemalangan yang berlaku.

Menurut Pengasas SCRUT, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin dan Nik Muhammad Izwan Nik Mohd. Kamel, laporan itu boleh membantu pengguna sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli kereta terpakai tersebut atau pertimbangan harga mengikut kondisi kenderaan itu.

“Terdapat tiga tahap kemalangan akan disediakan menerusi laporan itu iaitu kesan kemalangan rendah, sederhana dan tinggi.

“Ini termasuk status kenderaan itu pernah disiytihar sebagai ‘total lost’ atau pun tidak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, kata beliau, pihak SCRUT kini sedang bekerjasama dengan pihak luar untuk mengambil gambar-gambar kemalangan kenderaan yang berlaku di lapangan sebagai satu himpunan rekod dalam data SCRUT.

Justeru, katanya, pengguna boleh mengetahui secara terperinci status kenderaan sebelum dibeli dan dibandingkan dengan tawaran yang dibuat oleh penjual kenderaan terpakai bagi mengelak mereka ditipu sehingga berlaku kerugian.

“Bagaimanapun, SCRUT hanya memberikan pandangan melalui penyediaan laporan tersebut tanpa masuk campur dalam urusan pembelian atau mahu mempengaruhi keputusan pengguna untuk membeli kenderaan itu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN