Eksport durian ke China RM2 bilion 2030

Eksport durian ke China RM2 bilion 2030

MOHAMAD Sabu ketika berucap di Majlis Perasmian 100 tahun MAHA hari ini. - FARIZ RUSAIDIO/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Eksport durian ke China RM2 bilion 2030

SERDANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkongsi kejayaan pengeksportan durian ke China sebanyak RM887 juta.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia merupakan kejayaan terbesar bagi KPKM dan sektor agromakanan negara pada tahun ini.

“Pengeksportan buah durian segar dari Malaysia ke China ini akan memanfaatkan seramai 63,705 pengusaha durian di seluruh negara.

“Pada tahun 2022, nilainya adalah sebanyak RM887 juta dan dijangka melonjak kepada RM 2 bilion pada tahun 2030,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian 100 tahun Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.

MAHA 2024 yang merupakan penganjuran kali ke-100 membawa tema ‘Menuai Harapan, Membina Masa Hadapan’ merupakan pameran pertanian utama dan terbesar di Asia Tenggara yang menyediakan lebih 2,000 ruang jualan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam sehingga 22 September ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, KPKM melalui Jabatan Pertanian turut bersedia memberikan khidmat nasihat dan sokongan kepada pengusaha durian.

“Khidmat nasihat akan diberikan bagi memenuhi keperluan sijil MyGAP dan peraturan biosekuriti untuk tujuan pasaran eksport.

“Saya juga berharap berita ini disambut baik oleh semua pekebun durian dan menjadi dorongan untuk belia mengusahakan ladang durian,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya