Edisi ketiga Kronos Tranung Junior Cup tampil kategori baharu

Edisi ketiga Kronos Tranung Junior Cup tampil kategori baharu

PASUKAN Hunter FC merupakan juara bertahan Kronos Tranung Junior Cup selepas mengungguli kejohanan itu pada edisi tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran edisi ketiga Kronos Tranung Junior Cup tahun ini menampilkan kelainan apabila dua kategori diperkenalkan. 

Duta Kronos yang juga penaung Kronos Tranung Soccer Akademi (KTSA), Mohd. Yusran Mat Sharif berkata, kategori itu ialah Cup dan Plate.

“Kategori Cup adalah untuk pasukan yang melayakkan diri ke perlawanan kalah singkir untuk memburu kejuaraan.

“Kategori Plate pula untuk pasukan-pasukan yang tersingkir daripada merebut kejuaraan utama lalu digabungkan untuk memburu piala iringan,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Edisi kali ini yang diadakan sempena Hari Sukan Negara mendapat sokongan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri, Jabatan Pelancongan Negeri serta Jabatan Pendidikan Negeri.

Selain akademi bola sepak swasta, kejohanan di Kompleks Sukan Gong Badak, Terengganu dari 11 hingga 12 Oktober ini turut menampilkan pasukan Akademi Tunas (AT) bawah usia 12 tahun dari seluruh negara. 

Yusran berkata, penyertaan bagi kejohanan dua hari itu yang dibuka kepada 32 pasukan telah penuh ditempah untuk memburu kejuaraan edisi ketiga pertandingan.

Juara bertahan Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup adalah pasukan Hunter FC dari Terengganu selepas menumpaskan Masai United B dari Johor dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan akhir pada edisi tahun lalu.

Penyertaan kejohanan itu dibuka kepada 32 pasukan dari seluruh negara dengan yuran sebanyak RM400 untuk setiap pasukan.

Ia menawarkan Piala Pusingan Kronos Junior Cup, medal dan baucar barangan Kronos bernilai RM1,000 bagi Kategori Cup manakala naib juara meraih medal dan baucar barangan Kronos bernilai RM500.

Selain kejohanan , terdapat juga aktiviti lain di kawasan sekitar kawasan kompleks seperti senamrobik, fun walk, fun run, boling padang, bola jaring, pameran jabatan kerajaan dan pemeriksaan kesihatan.

Orang ramai dijemput beramai-ramai hadir menyaksikan aksi sengit semua pasukan bertanding selain memeriahkan kejohanan sekali gus sebagai tanda sokongan terhadap program pembangunan akar umbi bola sepak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN