EDG3 Plus produk keluaran QNET paling popular

EDG3 Plus produk keluaran QNET paling popular

EDG3 Plus muncul salah satu produk yang popular di Malaysia dan di peringkat global.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: EDG3 Plus yang merupakan antara produk keluaran rangkaian jualan langsung global QNET kini menjadi salah satu produk paling popular di Malaysia serta di peringkat global.

Ketua Operasi Wilayah QNET, B. Pushpalatha berkata, produk pemakanan EDG3 Plus itu menampilkan formula berkhasiat dengan kunyit berkualiti tinggi.

Katanya, produk EDG3 Plus dilancarkan pada 2022 dan ia telah diperbaiki dengan nutrien tambahan bagi memastikan penggunanya kekal bertenaga sepanjang hari.

“EDG3 Plus adalah produk pemakanan yang dihasilkan untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan. Ia kaya dengan vitamin dan mineral penting, menyokong tahap tenaga dan meningkatkan fungsi imun kerana mengandungi Tumacin, Vitamin D dan asid amino Glutathione,” katanya di sini semalam.

Untuk rekod, QNET yang berpangkalan di Hong Kong adalah antara syarikat jualan langsung berasaskan e-dagang terkemuka di Asia, menawarkan pelbagai produk kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup yang memperkasa usahawan di lebih 100 negara di seluruh dunia.

B. PUSHPALATHA

Pushpalatha berkata, EDG3 Plus merupakan produk pemakanan yang menggabungkan bahan-bahan ayurveda tradisional seperti kunyit dengan sains moden.

“Produk ini mengandungi tumacin yang diperoleh daripada kunyit, vitamin D dan glutathione meningkatkan fungsi imun dan meningkatkan tahap tenaga.

“Tumacin dihasilkan daripada kunyit juga digunakan dalam kedua-dua perubatan ayurveda dan perubatan tradisional Cina untuk masalah kulit, masalah pernafasan, melegakan sakit sendi dan masalah pencernaan.

“Produk dalam bentuk sachet ini menggalakkan kesejahteraan secara keseluruhan, membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari dan menyokong sistem imun yang sihat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, produk EDG3 Plus itu dapat membantu memberikan tenaga yang berterusan sepanjang hari selain membantu mengatasi keletihan kepada mereka yang mengamalkannya.

“Produk ini juga dapat menyokong sistem imun yang sihat, terutama bermanfaat dalam persekitaran yang mementingkan kesihatan hari ini dan ia mudah untuk diintegrasikan ke dalam rutin harian, mempromosikan manfaat kesihatan yang konsisten,” katanya.


HomePure Nova merupakan sistem penapisan air premium bagi memastikan air minuman di rumah selamat untuk di minum seisi keluarga. – UTUSAN/IQBAL HAMDAN

Sementara itu, katanya, QNET juga mempunyai jualan produk-produk seperti HomePure Nova, sistem penapisan air premium yang cukup popular di negara ini serta di peringkat global.

“HomePure Nova adalah sistem penapisan air premium yang memastikan air minuman selamat untuk keluarga di Malaysia.

“Sistem penapisan air ini mempunyai proses penapisan sembilan peringkat yang menyingkirkan bahan pencemar seperti bakteria, virus, logam berat, dan klorin. Produk ini juga mudah dipasang serta diselenggara menjadikannya sesuai untuk mana-mana isi rumah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN