Dulu saya panas baran, meja pun pernah terbalik - Shiha Zikir - Utusan Malaysia

Dulu saya panas baran, meja pun pernah terbalik – Shiha Zikir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Shiha Zikir mendedahkan di sebalik karakter yang sentiasa ceria dan lucu, dia sebenarnya pernah mempunyai masalah panas baran.

Kata Shiha atau nama selengkapnya, Nur Shiha Muhd Zikir, 37, ketika itu, perasaan marah itu boleh tercetus bila-bila masa sahaja walaupun hanya perkara remeh sahaja.

“Saya seorang yang panas baran dan perkara itu sangat teruk dalam tiga hingga empat tahun lepas.

“Tak boleh salah sedikit, saya pernah terbalikkan meja di kedai makan.

“Baling semua bekas makanan yang ada di atas meja. Isunya kecil sahaja iaitu saya panggil (pelayan) ambil pesanan, tiga hingga empat kali tapi tak datang,” katanya.

Shiha berkongsi perkara itu menerusi temu bual podcast Buka Mulut di Instagram MyAudioPlus.

Membuka lembaran sejarah berkenaan perangai barannya itu, penyanyi AEWO ini turut berkongsi bahawa pernah bergaduh kerana terlalu mengikut perasaan di sebuah restoran.

Katanya, mujur situasi sebegitu tidak dipanjangkan oleh mana-mana pihak atau tular di media sosial.

“Saya pernah bergaduh di mamak sampai baling kerusi. Cuma masa itu bukan zaman sosial media, jadi saya selamat,” selorohnya.

Menyedari sifat ini membawa keburukan kepada diri, Shiha bertekad untuk berubah dan belajar mengawal emosi.

“Stereng kereja, dashboard, pernah sampai nak jatuh disebabkan perangai baran saya. Saya pernah mengamuk ‘kaw kaw’.

“Sampai satu tahap,  saya cakap macam mana nak buat dengan diri saya ini.

“Saya cakap dengan diri saya, penat selalu jadi baran ni. Saya nak berubah,” kongsinya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya