Dulu mahu penuh panggung pun susah – Bunkface

Dulu mahu penuh panggung pun susah – Bunkface

KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER 2024 - Sesi bergambar kumpulan muzik Bunkface ketika sesi sidang akhbar sempena DFP Showcase yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, di sini, hari ini. Gambar ILHAM ZAKARIA/PEMBERITA ; NISA(KOSMO)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEBERAPA artis dan band dari seberang yang baru sahaja melancarkan satu, dua album sudah pun diberikan panggung beraksi di Malaysia. Penganjur sanggup bertaruh, meyakini bahawa barisan penyanyi yang diterbangkan ini memiliki khalayak di Malaysia. Ada telahan yang menjadi, ada juga yang rugi.

Namun, apa yang pasti, ia membuktikan permintaan untuk membawa mereka selalu ada, baik daripada data pendengar di platform penstriman ataupun di media sosial.

Manakala artis kita gigit jari, mengira berapa kerat sahaja yang lolos diundang bernyanyi di sana. Persoalan mengenai perkara ini sudah lama dibincang dan fikirkan, cuma setiap tahun kita berharap akan ada jawapan berbeza yang tuntas.

Band Bunkface tidaklah makan hati, cuma percaya pasti ada sebab yang munasabah mengapa kita belum lagi laku di sana. Adakah standard muzik kita tidak setara? Mereka juga buntu memberi jawapan.

“Memang dari dahulu kita terbuka dan senang menerima semua benda. Jika tidak, tiadalah menu berkeju seperti ‘pisang goreng cheese’. Itu adalah satu pujian. Menunjukkan kita senang beradaptasi.

“Cuma dalam isu ini, ada sebab mengapa kita belum dipanggil (buat persembahan). Itu juga terpulang kepada pihak mereka. Pasti ada sebab tertentu. Pada kita mungkin muzik kita setara, tapi bagi mereka, itu belum tentu.

“Kita cuma berjuang untuk memeriahkan lagi industri ini,” ujar ahlinya, Youk mewakili kumpulan Bunkface.

Hampir dua dekad mencari sesuap nasi dalam industri muzik Malaysia, penyanyi Revolusi itu mengakui keadaan dahulu lebih mencabar di mana sukar untuk artis mendapatkan jumlah khalayak yang ramai untuk menonton konsert mereka.

 

Tetapi keadaan itu nampaknya semakin berubah apabila sudah ramai peminat muzik membeli tiket konsert.

“10 tahun lalu kita nak tengok band tempatan boleh buat persembahan dalam satu stadium seramai 15,000 orang pun susah kecuali Festival Rock The World. Hari ini kita dapat menyaksikan angka itu tidak mustahil dan ini adalah kemajuan besar yang kami tidak pernah rasa dahulu.

“Lebih baik kita kuatkan anak seni di dalam dan ajak lebih ramai datang konsert sebelum terbang keluar. Tidak guna juga kalau di Malaysia peminat pun 3,000 sahaja tapi mahu ke luar negara.

“Tetapi saya rasa ia bukan sesuatu yang mustahil dan boleh dicapai oleh generasi selepas kami,” tambahnya.

Konsert dalamsuasana berbeza

Jika selalunya Bunkface tampil dengan persembahan outdoor baik di padang atau stadium. Kini kumpulan yang dianggotai Sam, Youk, Pa’an dan Biak bakal mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 28 September ini.

Bakal menyanyikan 20 lagu, Bunkface menjanjikan kelainan dengan suasana lebih intim bersama peminat.

“Kami akan sesuaikan muzik yang dibawa dengan aura tempat ini. Masa tak banyak cuma kali ini kami akan cerita lebih lanjut proses menghasilkan lagu-lagu selama ini.

“Itulah keistimewaan konsert ini sebab kita akan buka sisi peribadi kepada mereka yang datang,” kata Sam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya