Dua warganegara Malaysia dibebas, selesai hukuman penjara di Bangladesh

Dua warganegara Malaysia dibebas, selesai hukuman penjara di Bangladesh

WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa dua warganegara Malaysia dibebaskan hari ini lanjutan daripada penghakiman oleh Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman penjara atas kesalahan penyeludupan emas ke negara itu.

Menurut kenyataan Wisma Putra, mereka dijangka pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

Jelasnya, kementerian ini melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka menghulurkan bantuan konsular kepada kedua-kedua warganegara tersebut sepanjang tempoh penahanan.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan terus membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular sewajarnya.

“Semua warganegara Malaysia dinasihatkan bahawa penyeludupan emas merupakan jenayah yang berat di Bangladesh dan boleh membawa hukuman mati,” katanya.

Dalam hal ini, kementerian ini turut menggesa semua warganegara Malaysia agar sentiasa menghormati undang-undang serta peraturan tempatan dan mengelakkan daripada terlibat dalam aktiviti haram semasa melakukan perjalanan ke luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN